If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above.
You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.
To start viewing messages, select the forum that you want to visit from the selection below.
SEPANG 11 Julai – Datuk Seri Mohd Khir Toyo mendesak kerajaan negeri pakatan pembangkang menghentikan segera aktiviti perlombongan pasir dan menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mencari jalan memulihkan lombong lombong pasir.
“Sebelum ini, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional telah membuat keputusan mengharamkan semua aktiviti perlombongan pasir atas tanah kerajaan ini kerana ia akan menjelaskan struktur tanah pada masa hadapan dan menyebabkan implikasi alam sekitar yabg serius.
Bagaimanapun, tegas beliau, kerajaan negeri sekarang telah membenarkan semula perlombongan pasir dan menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk memaksimumkan pendapatan negeri Selangor.
“Hasilnya tanah milik negeri dirobek dan dikorek sesuka hati sehingga meninggalkan lubang dan kolam yang besar.
“Tanah ini hilang nilainya pada masa hadapan dan memerlukan kos yang sangat tinggi bagi memulihkannya. BN khuatir kos yang diperlukan untuk memulihkan tanah-tanah ini lebih besar daripada keuntungan hasir pasir ini,” ujar ketika melawat kawasan perlombongan haram di Bukit Changgang, Dengkil, Selangor.
Sehubungan dengan itu, Dr Khir berkata, semua ADUN BN mengesa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditutup dan kuasa pengendalian galian dan mineral di Selangor termasuk pasir dikembalikan kepada pegawai kerajaan, iaitu Pejabat Tanah dan Galian (PTG), yang selama ini telah menjalankan tanggung jawab dengan baik.
Katanya, penubuhan KSSB bertujuan meningkat pendapatan negeri dalam perlombangan pasir telah gagal.
Katanya, KSSB bukan sahaja gagal meningkatkan pendapatan hasil negeri malah mengambil sebahagian besar pendapatan pasir untuk syarikat tersebut termasuk membayar gaji, bonus dan kos pentadbiran.
“Pada tahun 2009 sahaja kos pengurusan KSSB ialah sebanyak RM4.7 juta iaitu separuh daripada pendapatan KSSB sebanyak RM 8.21 juta. Sudah tentu pendapatan negeri akan bertambah tanpa KSSB sebagai orang tengah,” katanya.
Dr. Khir memberitahu, banyak unsur-unsur rasuah dan kronisme dalam KSSB tidak diambil tindakan. Sebaliknya pendengaran selcat hanya dijalan untuk membersihkan imej kerajaan negeri dan menyalahkan kssb semata-mata.
“Bagaimana MB tidak mengetahui mengenai pemberian bonus yang begitu besar terhadap lembaga pengarah KSSB? Jangan sampai rakyat menganggap MB makan gaji buta.” katanya.
Dr Khir juga merasa aneh mengenai sikap membisu dan mendiam diri sebahagian badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis alam sekitar sedangkan banyak kawasan telah menjalankan perlombongan pasir secara besar-besaran dan membawa implikasi serius kepada rakyat negeri ini pada masa akan datang.
“Dulu sewaktu BN, kumpulan ini banyak mengadakan bantahan, kenyataan media dan kritikan biarpun perlombongan dijalankan di atas tanah persendirian.
“Hari ini perlombongan pasir dijalankan secara besar-besaran tetapi tiada sekelumit bantahan keras pun diutarakan. Dulu jika mahu ditebang sebatang pokok pun mereka mengadakan bantahan, hari ini semuanya seperti tikus dalam jelapang padi dan semut dalam gula.
“Ada individu yang dulunya aktivis alam sekitar, hari ini “memejamkan mata” sahaja terhadap pemerkosaan tanah-tanah negeri untuk perlombongan pasir,” katanya. – MediaUMNO.
Ape dah jadi dgn negara kita nie ... selangor dikuasai PKR jer ..umno jadi melatah ..kerana takut fail2 hitam menteri2 semua terbongkar ..
da senyap so makna nye isu tu hanya nak panas jap je..
kalu betul kerjaan sekrang ni salah mesti da ramai kena tangkap n sprm da lama masuk dah..
__________________
Tidak semua forum section kita boleh post sesuka hati. Ada tempat kita kena serius ada tempat kita boleh gurau senda/offtopic. Pastikan posting anda sesuai disemua section. Wujudkan budaya 'berkongsi ilmu'. Buang typical attitude promot tak tentu hala & useless posting. Terima kasih atas kerjasama.
apesal tukar siggy..malu dengan ayat sendiri ke?
~~Profesional hanya akan menjadi perkataan semata sekiranya perbuatan tidak melambangkan sebaliknya~~